Salam.
Excerpt from a book that I bought yesterday :
Lelaki A, (sakit jantung during football): "Mengislamisasikan aktiviti? Makcik kata aktiviti saya tidak islamik?"
Mak Cik : "Maafkan saya sekiranya Tuan terasa hati, tetapi izinkan saya bertanya. Bertanya kepada diri saya sendiri sebenarnya. Apabila membuat sesuatu aktiviti, adakah kita sudah niatkan ia sebagai ibadah kepada Allah? Kita bersenam, bersukan, adakah kita niatkan ia adalah ibadah? Adakah kita sudah sempurna menutup aurat semasa beraktiviti? Adakah kita tetap mengerjakan solat semasa beraktiviti? Mungkin itulah peringatan Allah yang mahu Dia ingatkan kepada kita."
***
Ayah/Suami (that his leg about to be amputated) : " Jangan risau, kita tidak mati, kita cuma berpindah alam. Dari alam dunia ke alam akhirat, dah sekarang pun abang cuma berpindah dari manusia yang sempurna fizikalnya kepada manusia yang sudah tidak sempurna. Doakan sahaja nanti, dalam perpindahahan itu kita tetap bersama. Itu yang lebih utama daripada menangisi perkara yang tidak kekal."
***
Mak Cik Cleaner : " Sekiranya kita menghadapi musibah, jangan hadapinya sebagai seorang guru, jangan hadapinya sebagai seorang jururawat, jangan hadapinya sebagai seorang doktor, tetapi usahakanlah menghadapinya sebagai seorang mukmin."
***
Doktor : "Amin, badan awak itu amanah. Jangan kita cuma fikir anak itu sahaja amanah, wang orang itu amanah, janji itu amanah, tetapi jauh-jauh sebelum semua itu, lihat tubuh kita, ia adalah amanah daripada Allah."
Amin : " Sebab ia amanahlah, maka saya makan banyak-banyak,"
Doktor : " Allah beri kita tubuh yang sihat supaya kita dapat beribadah kepada Dia dengan baik. Itulah amanah yang diberikan kepada kita melalui tubuh yang sihat. Andai sahaja kita tidak menjaga amanah yang diberi ini, maka bagaimana dengan ibadah kita? Adakah mudah untuk sujud lama-lama dalam keadaan tubuh begini? Adakah mudah untuk iktidal lama-lama dengan paha yang besar? Adakah mudah untuk kita bangun pagi pada waktu subuh dengan keadaan tubuh begini? Jadi, jagalah pemakanan awak. Bersenam dan ia akan ikut menjaga amanah yang Allah beri kepada kita, iaitu tubuh ini."
***
Pensyarah kepada doktor pelatih : " Kita sedih kerana ego kita jatuh. Tetapi kita tidak panggil ia ego, kita katakannya maruah. Maruah kita jatuh, dan sebenarnya apa yang kita kata maruah itulah sebenarnya ego."
Doktor Pelatih : "Apa itu maruah, Prof.?"
Pensyarah kepada doktor pelatih : "Maruah itu adalah harga diri kita dengan Allah. Bagaimana kita menjaga diri daripada terjebak dengan maksiat, bagaimana kita mempertahankan agama Allah, bagaimana kita menjadi hamba-Nya yang baik. Sekiranya kita menjaga diri kita di hadapan Allah, tidak timbul isu maruah lagi sesama manusia kerana Allah sudah menjaga maruah kita. Walaupun kita dihina, dicaci, kita tetap tidak terasa hati dengan segala hinaan itu. Malah, kita tetap sedaya upaya berbuat baik dengan orang yang menghina kita. Bukan kerana kita lemah, tetapi kita menjaga maruah kita dengan Allah dengan berbuat baik sesama manusia."
Pensyarah kepada doktor pelatih : "Sudah saya katakan ia memang sukar, tetapi kita cubalah. Mungkin kita tidak berjaya pada mula-mula kita dimarahi. Tetapi selepas itu tanya diri kita, mengapa saya perlu terasa hati sekiranya yang tercalar cuma ego, bukannya maruah. Sentiasa tanya diri. Sama ada yang tercalar ataupun dihina itu adalah ego kita ataupun maruah kita. Insya-Allah, sekiranya kita dapat menjawab persoalan itu, kita mampu menghadapai situasi apa pun yang mendatang."
***
Doktor : "Penyakit itu datang kerana kita yang mengundangnya sendiri. Bagaimana kita mengundangnya? Kita mengundangnya dengan kita berfikiran negatif. Kita muram, kita mudah risau, dan akhirnya ia memberi kesan kepada kita."
***
Lelaki B : " Saya bukan sakit. Tidak perlu panggil doktor. Saya cuma..."
Jururawat : "Encik cuma apa?"
Lelaki B :"Saya...saya cuma malu, dan gementar..."
(Rupa-rupanya lelaki nie nervous because his girlfriend's father is sick and warded. So this is his first meeting with his future father-in-law)
Jururawat : "Saya pernah diberi pesan ini, orang yang sentiasa berasa Allah bersama dengannya, dia yakin dengan dirinya. Jadi, Encik banyakkan berzikir dalam hati. Dengan membiasakan diri menyebut nama Allah, kita akan tenang. Tetapi, saya tahu ia bukan semudah bercakap kerana saya sendiri pun sering terlupa pesan itu. Jadi, apabila kita sudah ingat atau diperingatkan, apa salahnya kita amalkan. Semoga kita tidak akan lupa lagi."
P/s : I hope it is okay for me to copy the content of the book in here.
No comments:
Post a Comment